Thursday, July 30, 2009

Berita Terkini Dari Bilik 038A

Seorang pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) disyaki telah dijangkiti virus merah jambu (bak kata Hakim Si Icemanz) malam ini. Sumber, kawan kepada Cik Rumate kepada rumate punya penulis telah mengsms membawa mesej rakan sekelas mereka, lelaki, telah disyaki dijangkiti virus tersebut. Adakah USM Kampus Utama akan ditutup sama seperti sedara mereka USM Kampus Kejuruteraan? Sama-sama kita nantikan.

Kenape ha dorang tak wajibkan awal-awal semua kena guna mask?? Kenapekah???

Wednesday, July 29, 2009

USM = Cuti?

Aku on YM. Aku nampak ini dari status Lan si dak engin:

Hoh?? Cari-cari budak engin lain sebab xd jawapan dari dia sebab idle.

Apekah? Oh no! Mende tak besh. Baru je semalam aku meriakkan diri dengan Hakim si Icemanz dari UUM.

Wohoo no no NOOO~
Cuti secara tetibe adalah sangat tak best. Sangat kelam kabutt okeee.
Sila sila jangan pas itu cuti ke sini @gigil

Pagi tadi sebelum g kelas pun baruuu je mesej-mesej ngan Shima, UPM, dia on da way balik sebab sana pun cuti @gigil
Tak tau camne USMKK. Mane Pqa ni @gigil

Thursday, July 23, 2009

Perbezaan 2 Kelas

Ehem mari cari perbezaan antara 2 kelas, satu kelas dari skol CS, satu lagi Art.
Kelas 2 jam, kat DK.

Kelas CS:
Sambil-sambil belajar, sambil-sambil catat note, sambil-sambil dengar, sambil-sambil jeling jam. Sambil-sambil berkata, "Nape lambat sangat masa jalan ni?"

Kelas Art:
Sambil-sambil belajar, sambil-sambil catat note, sambil-sambil dengar, sambil-sambil langsung tak pk jam.
Tibe-tibe bile lect kata, "Eh tinggal lagi bape minit je. Ok kita cuba kejar sampai habis topik ni"
Sambil-sambil tengok jam sambil-sambil berkata, "Uih cepat gile masa jalan".

Apekah?
Ahahaha.

Tapi Seni yang ini sangatttt banyak gile kena bace. Sebab ini kelas teori. Takde praktik ape-ape. Terms dia juga sikit punya banyak (?). Terasa macam sangat bengap BI bile kena baca ulang kali ayat dia nak bagi paham ape dia cube sampaikan.

CS best, Art pun best jugak @hensem

Saturday, July 18, 2009

Wednesday, July 15, 2009

Kuarantin

Masa mula masuk sem haritu, dapat tau budak farmasi kena kuarantin (kan farmasi kan?) kat satu bangunan ni, sebab kes H1N1 tu lah. Budak-budak Bakti panggil Hilton. Beberapa langkah je dari bangunan bilik aku.

Malam semalam, lepas kul 12 tengah malam, Cik Rumate mintak teman dia g kunci motor kat belakang. Kat tempat parking motor, terpandang la Hilton.

Aku: Dorang kena kuarantin kat situ kan? (sambil pandang Hilton, saje nak pecah sunyi sebenarnye haha)
Cik Rumate: Haa..
Aku: Virus-virus tak bertebaran ke sini ke ha? (satu soalan bodoh sambil sengih gile sumbing)
Cik Rumate: (Sengih) Campur laki pempuan tu..
Aku: Ha campur?? Dalam satu bangunan tu??
Cik Rumate: Haah. Rasa pempuan atas laki bawah bih kurang camtu la.
Aku: Oho bahaya gileeeeeee
Cik Rumate: Sangattttt bahayaaaaa

Ku pandang Hilton dalam gelap malam (eceh). Kami penah dok sana dalam beberapa minggu masa mula-mula masuk USM.

Campur laki pempuan, dalam satu bangunan camtu.. .......
Erk.. Oh...
Aku harap dorang betul-betul 'boleh dipercayai' hohohohoho bahaya weh!

Conteng-conteng: Mau tengok Harry Potter ngan Ice Age secara maraton, atau hari lain hari lain ek?

Monday, July 13, 2009

Mari Meng-cool-kan Diri

Mari cool.
Mari mari.

Seorang lecturer bagi assignment. Report. Group. Group aku dua orang je. Aku dan dia.
Habis kelas, bincang-bincang sok sek sok sek, berjanji hari Isnin nanti (hari ni la) combinekan semua bahan yang dapat kumpul.

Dan malam ini, pukul 9, aku text dia. Dan aku dapat reply tak best.
"Hi saya nak bagitau yang saya drop course ni. Sorry"

Apekah???

Bagitau awal-awal tak bleh?
Nak kena tunggu aku mesej dulu baru gtau.
Lau aku tak mesej?

Sekarang sudah malam ok.
Esok mau hantar.

Apekah apekah.
Ok jangan kelam kalibut. Mari cari bahan yang lain.
Sakinah cool.
Sangat lah haha.

Saturday, July 11, 2009

Perihal Masa Kecik-kecik; Tag Dari Bakal Puan Ein

Ehem. Mari menjawab tag. Dah lama tak menjawab tag. Tag yang tak jawab aritu pun tah mana tak jumpe hehe.

Tag ini tentang sile cite masa kecik-kecik yang orang tak tau.

Rules And Regulation: Letakkan gambar sewaktu kecil anda. Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yang orang tak tau semasa kecil anda. Dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sebab saya ingin tau lebih lanjut tentang zaman comel anda dulu..

Bawah ini adalah gambar.

Dan bawah ini adalah antara cerite-cerite. Teruskan pembacaan anda. Sile sile.


1- Aku lahir kat tempat penuh orang putih.

2- Lau balik kampung, aku, Luqman n Mohsein pantang dengar bunyi motor atuk. Sebab kteorang tau atuk nak g kedai. N kami rebut-rebut nak ikut. Pastu atuk ngan arwah wan, bagi solution ikut giliran. Hari ni aku, esok Luqman, lusa Mohsein, n seterusnye. Best seh naik motor.

Sampai harini pun lau aku dapat naik motor aku akan rasa sangat best. Naik lori pun best. Yang kat belakang tu la tapi. Lagi best dari naik kete.

3- Kami adik beradik sangat suka mandi kolam. Lalu mak ayah membelikan kami kolam plastik supaya kami bleh berendam di mana sahaja tiap masa tiap ketika. Dan kecintaan aku terhadap kolam plastik dan berendam terbukti apabila;

Satu hari kami ditinggalkan kat kampung oleh mak ayah. Ntah ape sebab time tu kteorang tak nak kena tinggal dok kampung. Tapi Mohsein berjaya pujuk mak ayah bawak dia balik. Aku nangis nak ikut tapi tak dapat, n kemudian ayah kol bagi cadangan soh aku ikut Acik balik KL bile dia dah nak balik sana. Tiba masa Acik mau berangkat pulang ke KL, kebetulan time tu kami ngah berendam dalam kolam plastik depan rumah. Dan aku langsung tidak teringin tak jadi nak ikut balik n meneruskan pem-berendam-an sampai puas.

4- Aku penah satu sekolah ngan Encik C. Sekolah Al-Amin. Aku darjah 1, dia darjah 3. Masuk darjah 2, aku tukar sekolah. Tak tau sebab ape. Sebab jauh sangat ngan umah kot. Kot la.

5- Disebabkan umah jauh, awal-awal pagi dah kena bangun, dah la baru darjah 1.

6- Aku g sekolah naik van same ngan Encik C dan adik perempuannya, sebaya aku.

7- Encik C kata masa darjah 1 itu aku gelap.

N bile dia tengok gambar aku lepas lebih kurang 12 tahun, dia ingatkan aku nampak cerah sebab flash camera. Rasa macam bleh jadi iklan tv kan. Haha.

8- Encik C cite, masa kecik aku sangat berani ngan sekawan anjing. Sekawan ok. Bukan sekor. Dia cite, masa tu Pak Cik Van (aiseh aku lupe nama pakcik tu, kawan ayah kami gak) drop aku depan rumah pas balik sekolah, ade sekawan anjing depan umah, dengan penuh semangat aku halau dorang.

Tapi siyes, aku tak ingat langsung cite tu.

Tetapi sekarang, jangan kan sekawan, lau terjumpe sekor secara tetibe pun aku dah shock gle n ngucap panjang. N sanggup amik jalan jauh dari kena lalu dekat ngan anjing tu. Lau nampak dia cam tdo-tdo, kena intai-intai dulu, rasa selamat, baru jalan. Cepat-cepat.

9- Aku penah kena tinggal van lepas balik sekolah disebabkan Encik C. Ni dia cite jugak.
Masa tu dia ingat aku balik ngan ayah, dia pun bagitau Pak Cik Van. Bila dia sampai rumah, n dapat tau aku tertinggal kat sekolah, dia rasa bersalah gile n berkurung dalam bilik. Comel gle. Haha!

Aku rasa cam ingat yang ni. Teringat masa kena dok sorang-sorang kat pejabat tunggu ayah sampai. Mesti time tu yang dia tinggalkan aku.

Ok siyesli aku heran. Camne dia bleh ingat semua cite mse aku darjah 1 tapi aku tak ingat apa yang dia ingat? N masa jumpe pas 12 tahun, dia cite yang kami penah sekolah sama n abang kepada *m**, lagi aku terkejut. Sebab aku tak ingat dia langsung. Ingat adik dia je haha. Dia ingat nama aku. Ingat nama ayah aku. Ingat ayah aku pakai spec. Ingat van putih ayah aku.
Ingat mak aku. Ingat cite-cite aku. Semua. Dia ingat lebih cite-cite aku masa kecik dari yang aku ingat pasal aku sendiri.

10- Ini pulak cerita dalam kelas. Darjah 1 jugak. Masa tu cikgu takde. Kelas sangat bising. Kami pelajar pempuan berperang ngan budak-budak laki. Habis meja kusi tunggang langgang jadi kubu pertahanan. Bile cikgu masuk, semua cuak, tapi kami yang pempuan sangat jahat.
Senyap-senyap kami amik botol air, tuang air sikit, taruk kat mata, pura-pura nangis n ngedik-ngedik ngadu kat cikgu. N akhirnya budak-budak laki je kena marah. HAHAHAHAHA!!!

11- Aku penah jadi model untuk fesyen show masa darjah dua. Pakai baju kebaya, ngan tudung. Sampai giliran aku, penonton ketawa, aku tak tau sebab apa, n dan-dan time tu jugak aku garu kepala sambil sengih sumbing sebab heran.

Mungkin sebab dorang nampak perut buncit. HAHA!!

12- Masa darjah 2/3/4, aku ngan kawan-kawan ske poyo-poyo nari nari depan kawasan rumah orang. Mak Yong lah, Inang lah, lau tak silap tarian tu la. Salah sorang dari dorang sebaya aku, tapi aku panggil dia 'kakak'.

13- Bas sekolah juga dibawah 'jagaan' kami. Siap ada sape ketua sape penolong bagai. Pak Cik bas itu sangat sporting layan karenah kami. Best.

14- Kami segroup juga suke gaduh-gaduh ngan sekumpulan budak dari Sabah. Tak bleh blah.

15- Pas balik sekolah, sekali sekali berlagak macam sudah dewasa. Kami singgah supermarket. Aku excited n eksyen sebab masuk supermarket ngan member, bukan ngan mak ayah, padahal tak tau nak beli apa. Dahla duit pun bape sen je dalam poket. Dengan tangan kosong aku g gak ikut beratur kat cashier. Sampai kat akak cashier, secara terdesak aku cakap, "Kak, saya nak beli sepit kuku tu". Sambil tunjuk dalam cermin bawah meja cashier. Akak tu kuarkan sepit kuku n tanya, "Nak beli ni?". Dengan muke confident aku angguk n aku bayar 50 sen lalu berjalan pulang ngan kawan-kawan.
Bile kawan tanya aku beli apa, dengan bangga aku cakap beli sepit kuku.

Manala sepit kuku 50 sen itu sekarang. Nostalgia sungguh kan.

16- Masa raya, aku n d geng pusing satu taman lawat rumah jiran-jiran. Konon menziarahi la. Tujuan utama mesti la sebab kumpul duit raya. Hampir setiap pintu rumah kami ketuk. Sekalipun tak kenal. Bagus kan. Dari tak kenal jadi kenal. Bagus la tu kan haha. N pas habis pusing perut kami akan kembong sekembong kembongnye, n poket berat berisi duit syiling.

Bila balik kampung, Hakim ngan Aina pun buat mende sama. Macam nak jeles je rasa.

17- Disebabkan main papan gelongsor secara ganas, aku penah terseliuh dua-dua belah kaki n akhirnya tak bleh diri n jalan langsung, tak pegi sekolah seminggu.

Susah gak bile 'hilang' kaki jap. Tak leh kuar umah!

18- Aku suke main buai kat taman permainan, aku tak duduk, tapi berdiri atas tu, n buai gile punye tinggi. Nasib tak penah jatuh. 'Kakak' aku penah jatuh. Dia tertiarap terseret atas tanah berpasir. Seram aku tengok. Tapi itu tak mematahkan semangat kami untuk terus berbuai seperti itu. Best dowh~

19- Aku juga penah tersembam ke lantai rumah sampai bibir berdarah sebab main 'motor' budak kecik yang kena tolak guna kaki tu.

20- Masa dalam kelas, tiap group kena wat lakonan. Aku tak ingat tajuk. Tapi pasal musang ngan ayam. Aku jadi si pencerita, dan si mak cik yang menghalau musang. Tapi bile ingat balik, aku langsung tak menghayati watak dengan jaya. Aku halau musang dengan suara yang kuar tak kuar sambil sengih-sengih sumbing. Lagi.

Aku kurang pasti kenapa aku melakonkan watak itu seperti itu. Kenapa ngan musang tu ek yang nyebabkan aku wat camtu? Hurmmm

21- Aku dan kawan penah mintak jawapan antara satu sama lain masa pekse. Aku tak tau mana keberanian itu datang. Kami pas-pas cebisan kertas berisi 'perbincangan' kami melalui kawan-kawan yang sudi pas-paskan (posmen la kira). Tempat duduk kami bukan dekat-dekat pulak tu. N aku perasan ada yang menjeling n kata nak bagitau cikgu. Tapi dia tak bagitau pun haha. Masa tu cikgu duk kat tempat duduk dia tengah buat something.

22- Aku antara yang terterer main batu seremban kat sekolah.

23- Masa darjah 5, aku penah masuk pertandingan nasyid, kat sekolah mana, tak ingat. Disebabkan terlalu neves dan excited mungkin, aku silap step.

Tangan kanan, jari aku digenggam dan buat gaya ala 'BERUSAHA!' masa tangan kawan lain diam pegang satu sama lain.
N muka aku terasa panas time tu jugak.

24- Kat sekolah agama, ada sorang budak laki ni suke usik aku kacau aku, kawan aku masuk campur n kteorang gaduh ngan budak laki itu. Penah sekali aku ugut dia sebab rimas kena kacau. Aku cakap, "TAK NAK BAGI PINJAM BUKU DORAEMON DAH!"

Bleh?

25- Aku hampir penah disuruh jadi vokal utama tuk group nasyid masa nak perform tuk event ape tah kat sekolah agama. Aku rasa ustazah tu tak korek telinga dia haritu.
Nasib baik aku kata tak nak atau satu sekolah lari macam semua orang lari masa dengar Giant nyanyi.

26- Ein, tak jadi la bagi banyak-banyak. Telah ditapis hehe.

Dan aku menaip semua ini sambil senyum terkenang-kenang. SUNGGUH RINDU.

Tag: Em.. macam nak tag Puan Shams sorang je @sengihnampakgigi Sudikah anda? Sudikah sudikah? @sengihnampakgigi Sile sudikan diri! @sengihnampakgigi

Conteng-conteng: Cik Ein bakal jadi Puan Ein bulan depan. Sehari sebelum aku cuti seminggu. Argh! Sedang pertimbangkan untuk tuang kelas hari Jumaat hohoho. Ein nikah la nak la g @sedih Kenduri dah sah-sah tak dapat datang @nangih

Wednesday, July 08, 2009

Penyelesaian Masalah Genuine Windows XP

Desktop anda pernah jadi macam ni?
Tak best kan. Berbackgroundkan itam dihiasi 'kata-kata pujangga' di sudut bawah kanan. Wallpaper akan sokmo itam camni. Tak bleh tukar, lau tukar pun, nanti dia tukar balik yang itam ni.

Aku jumpe solution camne nak bagi normal balik.

Mari ikut step-step ini:

Langkah pertama anda perlu masuk ke system32.
Pergi Start --> Run --> taip system32

Kemudian show semua fail sistem yang tersembunyi, caranya ialah pada bar folder system32 tu, pergi ke:
Tools --> Folder Options --> View --> untick "Hide extensions for known file types"
kemudian klik Apply.

Kemudian cari file WgaLogon.dll. Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah apabila menjumpai file tersebut ubah namanya kepada WgaLogon.dll.bak
Baiklah tinggalkan fail WgaLogon.dll.bak tersebut.

Sekarang di folder system32 buat satu fail menggunakan notepad.
Biarkan notepad tersebut kosong. Kemudian ubahkan namanya kepada nama WgaLogon.dll (seperti nama fail yang kita ubah kepada WgaLogon.dll.bak tadi)

Baiklah langkah terakhir tersebut adalah pantas anda perlu melakukannya dengan pantas. Limit dalam 1-2 saat untuk melakukan dua langkah terakhir ini.

Cari fail wgatray.exe di folder system32 tadi. Dan di Task Manager klik pada tab Processes dan cari fail wgatray.exe.

Langkah pantas yang anda perlu lakukan ialah delete fail wgatray.exe ini dengan pantas lebih kurang dalam 2 saat! Jika tidak anda tidak dapat delete fail wgatray.exe ini.
Buka Task Manager (ctrl + alt + del) dan folder system32 ini. Delete wgatray.exe pada folder system32 dahulu dengan pantas klik pada wgatray.exe di Task Manager tadi dan matikan proses wgatray.exe ini.

Caranya klik pada wgatray.exe tersebut dan klik butang "End Process". Ingat lakukan dua perkara ini dengan pantas! Saya harap anda akan memahami apa yang saya terangkan tadi.

Dan hasilnya...

Tadaaa...! Yeay DB ku muncul kembali sambil melambai riang.

Credit untuk mukesuci dan aku pejuang.

Mukesuci ni salah sorang dari Rockensteiners. Dia yang bagi link ni.
Aku pejuang tuan punye blog yang bagi solution:
http://it-tutorial-for-you.blogspot.com/2009/02/masalah-genuine-windows-xp-dan.html?showComment=1246984648981#c7039378726793869619

Tuesday, July 07, 2009

Bagus Maxis

Tahukah anda?

Maxis Broadband, yang kaler itam tu (aku lupe model ape), selain menjadi tukang connect internet, ia juga mempunyai satu lagi fungsi yang berguna.

Ia mampu mendodoikan kita.

Pukul 12, lepas gosok baju, mata segar bugar. Langsung tiada napsu untuk tdo. Connect internet guna Pak Cik Maxis.

Bukak browser.
1 minit. Tak de pape kuar.
2 minit, kosong.
3 minit, masih kosong ...
4 minit, yawnnn..~

Sampai sekarang, pukul 1:20 (campur berpuluh-puluh kali nguap) aku tak berjaya masuk page page yang aku nak masuk.

Cabut Maxis ngan penuh 'kasih sayang', on wifi. Nasib baik. Bukak blogger.

Ok sudah bernapsu untuk tdo sekarang. Terima kasih Maxis. Jasamu dihargai.

Conteng-conteng: Ada kaitan ngan fair usage ke?
Unlimited lah sangat.

Monday, July 06, 2009

Haih.

Bohsan.
Sangat.
Mau baca Harry Potter, tak bawak.
Mau baca Mikhail, pun tak bawak.
Mau bace buku easy .. bla bla bla BI, pun tak bawak.
Mau bace Troll Fell, pun tak bawak.

Beg sangat berat oh. Padat gile. 6 beg, naik bas. Bayangkan.
Oh 6 beg campur plastik oren besar berisi CJ 7. Mana bleh tinggal oh. Pangku pelok atas riba. Peduli apa kan. Bye bye Stitch. Encik Cikedoong kata aku pilih kasih. Haha

Hari ini sudah mula sem baru. Hari pertama, chewahh, g duduk depan-depan dalam dewan kuliah. Tak de la depan sangat. Barisan ke-7. Kire depan la kan. Haha. Kite tengok hari-hari akan datang pulak. Haha. Eh jangan jangan. Mari duduk depan. 'Jiwa rasa' masa dalam kelas, antara duduk depan dan duduk belakang, sangat berbeza.

.....
.....
.....

Juga rasa cuak-cuak kecut perut menanti tibanya hari Rabu, sebab first time nak masuk kelas under skol seni. Redah ajee.. Nadia berkata.

.....


Oh.
Bosan bosan.

.....
.....
.....

Mari lecturer sekalian, sila beri assignment sekarang.
Haha.

Ok, ini memang dah tahap bosan gile!


Conteng-conteng: Menghitung hari mau nengok Harry Potter and Half Blood Prince. Tapi dengar kata lebih banyak 'kisah' Ron n Hermione dari plot penting yang lain. Ye ke?
Dem.