Sunday, September 20, 2009

20092009

Ku baru terbace ini. Saje nak cite-cite sebelum detik 20092009 berakhir..

TIBA detik 090909, saya terima SMS daripada seorang personaliti: “Today, 090909 is a special day for some people but not for others...” Kemudian bertali arus SMS mengaitkan tarikh unik itu yang datangnya cuma sekali seumur hidup.

Dek istimewanya tarikh itu, di Johor Bahru seramai 99 pasangan Tionghua berkahwin; di Sungai Petani 61 pasangan; di Melaka 99 pasangan dan menariknya di Genting International Convention Centre seramai 34 pasangan dari China mengakhiri zaman bujang di sini bertemakan Nurturing Your Diamond Love In Malaysia.

Pengantin lelakinya segak memakai baju Melayu cekak musang.

Nasib baik 090909 jatuh pada 21 Ramadan 1430, kalau tidak ramai juga orang kita akan bernikah pada hari itu.

Di sebaliknya, saya lebih tertarik pada tarikh hari ini iaitu 20 September 2009 atau 20092009.

Dikira 2009 campur 2009, jadilah angka 22. Harus diingat, 22 juta adalah jumlah terkini penduduk tanah air kita dan memantau peta dunia, benua Asia Barat mengikut abjab A bermula Afghanistan hingga abjab Y, Yaman, berjumlah 22 negara di benua Asia.

Sebiji bola yang direbut seluruh dunia dan kemuncaknya pada Piala Dunia mestilah dipertaruhkan 22 pemain.

Lebih syahdu, angka 22 juga adalah tempoh kitab suci al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat, iaitu selama 22 tahun, dua bulan dan 22 hari.

Mengambil kira wahyu pertama diterima Nabi Muhammad SAW pada usia baginda 40 tahun, dan mula menyemarakkan syiar Islam selang setahun kemudian hingga detik kematian baginda pada usia 63 tahun, bermakna selama 22 tahun jugalah Rasulullah memegang amanah Allah untuk menyebarkan agama Islam untuk umat di seluruh dunia.

Natijahnya, selain 090909, bagi saya 20092009 lagi unik, apatah lagi ia jatuh pada hari pertama umat Islam di sini meraikan Aidilfitri.

ADAM: Rahsia Allah, tiada siapa tahu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Rap/20090920000858/Article/index_html


Hihihi *err nape mesti nak gelak tah*

Conteng-conteng: Ok mood raya sudah datang wihiii @sengihnampakgigi Selepas menengok semua-semua gambar raye member! Haha. Tapi, aku masih sangat berharap sekarang masih Ramadhan. Hurm..

2 comments:

_ToMaToMeI_ said...

same la kite wak..harap sangat ramadhan ada lagi...

sakinah said...

kan kan...

moga kita sempat berjumpa Ramadhan akan datang.. amin.