Friday, August 28, 2009

Wonder Girl Parody – ‘Nobody’, Public Service Ads To Prevent H1N1




Video ‘Nobody’ daripada Wonder Girls, telah diterbitkan semula dalam edisi super kelakar, dalam misi mengurangkan kematian akibat H1N1. Tonton & lihat sendiri. Oh ya, mungkin kau tidak akan faham parody ini kalau tidak pernah menonton rakaman asal video Nobody – Wonder Girls. Jangan cakap aku tak berikan amaran. Tonton video asal di Nobody (Special Edited Version MV) – Wonder Girls, kemudian kembali ke sini & tonton video di atas. - Oh Bulan.com.

Shaye suke Wonder Girls. Hikhik.
-lau dia gune sore pompuan mesti cam lagi nampak real kan kan-

Selsema Anjing



*oh dunia~*
*kat berita tv ade kuar ke?*

Thursday, August 27, 2009

YM vs MSN


Dah lame aku terpikir-pikir. Nape yek, Chinese majoriti guna MSN dari YM. Dalam berpuluh beratus Chinese yang aku kenal atau jumpe, semuaaa guna MSN, SORANG je aku jumpe gune YM. Nape yek?? Sape tau nape?



Conteng-conteng: Terima kasih A**l. Sangat-sangat-sangat berterima kasih.

Tuesday, August 25, 2009

Wo men yi qi qu xue hua wen ba

Hari ni ada test ejaan Mandarin. Latih latih sementara tunggu buka, tengah buka, n lepas buka. Haha.

Hasilnye~

13/14. Hikhik.

Wan shang hao!
Zai jian!

Friday, August 21, 2009

Point Cerita Untuk Satu Minggu

Aku sangat ingin pegi bercuti. Ok sile berangan.

Aku ngah tunggu Lesen P kuar. Pasni bile cuti bleh jalan-jalan cari pasal sendiri. Nak tunggu ayah bawak, jenuh la nak tunggu ayah amik cuti huhu.

Rumah hampir siap renovate. Secara tiba-tiba rasa macam tak berapa nak selamat dok 'rumah baru' ni.

Renovation kat rumah buatkan aku jarang layan tv cuti ni.

Bilik baru aku ngan Aina ada aircond 'hadiah' dari uncle n auntie bekas jiran hikhik.

Mid sem break ni, laptop dan buku-buku hanya untuk dijeling je. Tak sedar diri keje melambak, test menunggu. Say Hi Hi secara mesra pada katil dan movie.

Ein 'cite-cite' ngan aku pasal kehidupan dia pas nikah, aku pun respon la pape yang aku bleh tolong untuk tenangkan hati dia, sehingga satu hari dia cakap, "Kina ni macam orang dah kawin kan." Erk.

Kalau la cik beskal oren aku bleh dilipat-lipat.

Minggu ni semua dapat kumpul sama sebelum Luqman terbang balik US Isnin nanti. Ada ayah, mak, aku, Luqman, Mohsein, Jihad, Muazzin, Aina, Hakim. Semua ada, BEST!

Salam Ramadhan untuk semua @senyum

Friday, August 14, 2009

Ein&Fawan

Hari ini, kejap lagi, lepas Solat Jumaat, Ein&Fawan akan disatukan. Akhirnya. Setelah lama menunggu, setelah macam-macam dorang kena tempuh.

Nak nangis. Siyes aku rasa nak nangis. Sebab aku tak dapat pegiiii @nangih Tak dapat tengok @nangih Kenduri dia nanti lagi la tak dapat pegiii @nangih

Aku mesej Ein, baru kejap tadi, pesan suruh amik gambar gile punya banyak @nangih

Ein, Fawan, selamat menempuh dunia baru.

Thursday, August 13, 2009

Silap Orang

Tadi ade lab. Sejam sebelum kul 10 malam, aku cabut balik. Bosan.

Baru je kuar, kat pintu lab, ade sorang dak laki coursemate tegur usik-usik. Dari koridor. Agaknye dia ingat aku member dia. (Sebab time tu malam, koridor pulak hanya berlampukan lampu dari tingkap lab je, dia lak tak pakai spec time tu)

Dak laki: Eh sape soh balik. Masukkk. Masukkk.
Aku: (erk? serius blur gle, so aku hanye sengih-sengih)

Bile aku dah sampai koridor kat tempat dia tuk g lif, macam terperasan muke dia tersedar dia silap orang. Kendian dia terus tanya, "Eh soalan 23 lab tu dah siap ke?"

Aku nak tergelak. Tahan. Pastu baru member dia kuar dari lab. Terus dia toleh tegur member dia. Aku pun meneruskan perjalanan pulang ke bilik.

On d way balik bilik, aku sengih-sengihan sepanjang jalan.

Monday, August 10, 2009

Mari Makan Buah dan Minum Susu

Betul atau tidak, tak berapa nak penting sekarang.
Dalam darurat macam ni, mari cuba sahaja.
Tak rugi ape-ape pun.

Thursday, August 06, 2009

-ve.

Wu an @senyum

Doktor Sakinah: Kamu -ve.

Sakinah: Yeay.

Sambil minum lagi berbotol 100 plus.
Dan bali suam.
Dan air masak.

Wednesday, August 05, 2009

Bagus

Hari ni 4 kes kematian.
Menjadikan 12 kes setakat hari ni.

N ada kawan tu, yang bukan duduk kat Msia ni, marahkan aku, sebab pk bukan-bukan risaukan mende pink tu ble rasa tak sedap badan. Tekak tak sedap, badan dalam panas bla bla bla

Tapi sebab dia dah marah. Aku malas pk. Malas g cek ke ape. Beli botol besar 100 plus minum mende alah tu sejak bukak puasa tadi. Sahaja.

Mind dah set awal-awal lawan semua. N aku berjaya pura-pura ok depan rumate. Hebat gak.

Yang member-member kat Msia, soh aku jaga-jaga, nasihat itu ini.
Dia kat sana, marah-marah aku.

Bagus.

Conteng-conteng: Orang tak kan paham betul apa kita rasa lau tak duduk tempat kita.

USM KK

Main campus ni lekkk je kan.
Lau dah ade yang kena ke ape ke baru nak kelam kabut kot.

Selalunya camtu lah.

Monday, August 03, 2009

Kedekut Ilmu

Hari ni aku menaip dari Lab 1. Curik-curik.
Tengah sakit hati gle. Tak bleh tunggu balik bilik. Tak bleh. Nanti feel sakit hati untuk menulis itu sudah hilang.

Student Malaysia ni, ada macam-macam jenis. Bila aku maksudkan Malaysia, ye tak kisahlah Melayu ke Cina ke India ke mane ke.

Ada yang cerdik, tapi berlagak.
Ada yang cerdik, tapi murah hati. Murah hati kongsi ilmu lah.
Ada yang pilih kawan.
Budak tu pandai cerdik bijak, wah baiknye ngan kawan tu lain macam.
Budak tu slow lembab lampi, pandang sebelah mata pun lum tentu.

Bile orang tengok kita pandai sikit, bile ade group projek pape, masing-masing sibuk tanya kita, dah ada group belum. Nak join sama bleh x. Bla bla bla..~

Bila orang tengok kita lembab skit, pandang kita lain macam. Buat kite macam wujud tak wujud dalam group tu. Kita yang kena terhegeh-hegeh tanya, pastu dia jawab macam nak tak nak.

Bila mintak kita ajar sesuatu, sungguh-sungguh mintak tolong.

Bila kita tanya macam mana nak buat assignment atau soalan pape, dia kata tak tau. Tup tup tengok dia dah siap, dah hantar.

Apa korang rasa lau kena camtu?

Tapi bagus gak, paling kurang, kite boleh tengok, SAPE YANG BETUL KAWAN, SAPE YANG PURA-PURA KAWAN!

Ok cukup. Aku akan ingat budak 3 orang ni sampai bebile.